Ditubuhkan Pada 15 Januari 2013
Pengasas 1: Na Einazwa
2: Alan Tam Selagi Termampu
InteGrasi.FM Ditubuhkan Sekadar Untuk Berkongsi Pengalaman Sambil Berhibur Ketika Keudara Di Saluran Radio Internet. Ia Juga Bertujuan Untuk Menjadikan InteGrasi.FM Sebagai Satu Saluran Komunikasi Bagi Merapatkan Jalinan Silaturrahim Sesama Pendengar Untuk Sebuah Persahabatan Yang Kekal Hingga Ke Akhirnya.
Moto InteGrasi.FM “ Galeri Muzik Generasi Alternatif ” Bermaksud Saluran Ini Mengutamakan Lagu-Lagu Pelbagai Irama Dan Rentak Muzik Masa Kini. InteGrasi.FM Juga Masih Mengekalkan Lagu-Lagu Retro Terbaik Kegemaran Pendengar.
Besar Harapan Agar InteGrasi.FM Terus Kekal Sebagai Sebuah Radio Internet Yang Dapat Memberikan Kepuasan Kepada Para Pendengar.Insyallah

Player

Current song: Loading ...
Current listeners: 22
Maximum listeners:
Server status:
AutoDJ status:
Source connected:
Station time:

Khamis, 26 September 2013


Wanita Merajuk Dengan Suami Maut Terjun Bangunan


Merajuk dengan suaminya, seorang wanita tergamak mencampak anak tunggal perempuan mereka berusia lima tahun dari tingkat enam sebuah pangsapuri sebelum dia sendiri nekad terjun dari tingkat 10 blok berasingan di pangsapuri Seri Alam, di Serdang, semalam. 

Akibat kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu, dua beranak terbabit mati dalam keadaan mengerikan selepas cedera teruk di kepala dan badan. 

Sebelum kejadian, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Tan Meng Leng, 35, marah dan merajuk apabila suaminya yang mahu keluar membaiki kereta di sebuah bengkel berhampiran enggan membawa bersama anak perempuan mereka. 

Suaminya, Teoh Hock Hwa, 45, berkata kira-kira 10 minit selepas keluar dari rumahnya, dia mendapat panggilan daripada jiran memaklumkan isteri dan anaknya maut terjatuh dari bangunan. 

Katanya, sebelum kejadian kira-kira jam 11 pagi, dia mengambil anaknya itu dari tadika dan menghantarnya ke rumah bersama makanan segera yang dibelinya. 

“Ketika itu, isteri saya berada di rumah dan sebaik saya tiba, kami makan bersama dan dia langsung tidak menunjukkan sebarang tanda pelik. 

“Sebaik saya ingin keluar untuk ke bengkel bagi membaiki kereta, anak perempuan saya mahu mengikut, namun saya enggan membawanya kerana saya akan terus ke tempat kerja selepas membaiki kereta,” katanya. 

Menurutnya, isterinya turut mendesak dia membawa anak mereka, namun tidak dihiraukannya.

Ahad, 22 September 2013


BELIEVE IT OR NOT !!! 

MUST BELIEVE IT ...

Unik! Stereng Kereta Ini Dibina Di Bahagian Tempat Duduk Penumpang


Unik! Stereng Kereta Ini Dibina Di Bahagian Tempat Duduk Penumpang | Sekali pandang kereta pacuan empat roda ini, memang tiada apa yang pelik boleh dilihat dari luar fizikal kereta ini. Namun jika anda lihat secara lebih dekat, kereta ini sebenarnya  telah diubahsuai dengan pemandu duduk di bahagianpenumpang belakang sementara penumpang pula berubah posisi duduk di hadapan pemandu. Perkarapelik ini dipercayai berlaku di Dubai. Walaubagaimanapun, KisahBest.My kurang pasti adakah pengubahsuaian ini mendapat kelulusan spesifikasi keselamatan untuk dibawa ke jalan raya. Jom lihat gambar di bawah ini.
k1
k2


Kisah Syaitan Membantu Ke Masjid!
--------------------------------------------
Seorang pemuda buta bangun awal pagi untuk solat subuh di Masjid. Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan menuju masjid, pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor.



Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudhu, dan, LAGI, berjalan menuju masjid . Dalam perjalanan kembali ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yang sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia, sekali lagi, berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju masjid .
Di tengah jalan menuju masjid , dia bertemu seorang lelaki dan memimpinnya. Dia menanyakan identiti lelaki tersebut, dan menjawab “Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya mahu bantu anda..”
Pemuda tersebut mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid . Saat sampai di masjid , pemuda buta itu bertanya kepada lelaki yang memimpinnya untuk masuk dan solat subuh bersamanya, lelaki itu menolak, pemuda itu mengajak lagi hingga berkali kali dan, lagi, jawapannya sama.
Pemuda bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan solat?
lelaki itu menjawab
“Aku adalah IBLIS”
Pemuda itu terkejut dengan jawapan lelaki itu.
Syaitan kemudian menjelaskan, ‘Saya melihat kamu berjalan ke masjid , dan sayalah yang membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah memaafkan semua dosa dosamu.
Saya membuatmu jatuh kali kedua, dan bahkan itupun tidak membuatmu berubah fikiran untuk tinggal di rumah, kamu tetap memutuskan kembali masjid .
Kerana hal itu, Allah memaafkan dosa dosa seluruh anggota keluargamu.
Saya KHUATIR jika saya membuat kamu jatuh untuk kali ketiga, jangan jangan Allah akan memaafkan dosa dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahawa anda sampai di masjid dengan selamat….’
Moral:
Jangan biarkan Syaitan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya. Jangan melepaskan sebuah niat baik yang hendak di lakukan kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yang akan kita dapat dari segala kesulitan yang kita temui dalam usaha kita untuk melaksanakan niat baik tersebut .
Wallahua’lam..

Khamis, 12 September 2013

Selamat datang Ke InteGrasi.FM 

Kita hanya manusia biasa... Tanpa ragu tanpa sedar itu lah kita yang sering lupa dan terlupakan.. Untuk satu persahabatan abadi ukuwah itu nyata dan tiada pernah punah.. Moga ia berkekalan hingga ke akhirnya...